Wednesday, June 20, 2012

MARAH

Marah adalah satu perasaan yang ada pada setiap diri manusia. Marah akan wujud dimana kita mengalami suatu situasi yang melibatkan perasaan, hati, maruah dan keperibadian dicabar atau di hina. Namun ianya juga lahir dalam pelbagai masalah yang dihadapi oleh seseorang itu.

Disini CU ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan tentang "Marah".

Marah yang keterlaluan dilarang dalam Islam kerana ianya boleh mendatangkan kesan dan implikasi yang tidak baik kepada orang yang marah dan dimarahi.
Marah pertengahan adalah marah yang terpuji iaitu marah bertempat, sebagai contoh seorang bapa memarahi anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat.

Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata "Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah." Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali. Hadis Diriwayatkan daripada Abu Hurairah.

Sepuluh punca menyebab sifat marah (menurut Imam Al-Ghazali):

1. Rasa bangga diri (sombong/angkuh),
2. Takjub kepada diri sendiri,
3. Suka bergurau senda yang berlebihan dan melampaui batas,
4. Suka bercakap perkara yang sia-sia,
5. Suka membuat fitnah,
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara,
7. Khianat,
8. Tamak kepada harta dan pangkat,
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi,
10. Dengki dan iri hati.

Apabila anda marah:

- Percakapan menjadi kuat,
- Kata-kata tidak teratur,
- Bahasanya kasar, lucah dan bersifat menghina,
- Merendah-rendahkan orang lain,
- Muka dan mata menjadi merah,
- Badannya terketar-ketar,
- Tangan dan kaki menjadi ringan untuk memukul,
- Tidak menggunakan akal dengan waras.

Marah boleh mendatangkan kesan yang tidak baik seperti:

- Keruntuhan rumahtangga,
- Penderaan kanak-kanak,
- Berlaku pembunuhan,
- Saman menyaman,
- Peperangan,
- Tindakan sabotaj,
- Menculik dan peras ugut,
- Pelbagai tindakan jenayah.

Tiga kategori marah:

1. Marah keterlaluan (marah tidak bertempat) - Dilarang,
2. Marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) - Terpuji,
3. Tidak tahu marah - Terkeji.


Sumber: Buletin PBPPP.DS (Bil.8/mei2012)

No comments:

Post a Comment