Monday, May 14, 2012

Tuah Salam Terakhir


Mohd Shafiq Ikhwan (tengah), Mohd Shafie Ali (dua dari kiri), dan Syahrizan Salim (dua dari kanan)


        Seorang jurutera, Mohd Shafiq Ikhwan, 24 dari Shah Alam telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore! Pusingan pertama yang telah diadakan di pusat karaoke Green Box, Seremban 2, petang semalam.

Dengan membawakan lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad bertajuk Salam Terakhir, Mohd Shafiq telah membawa pulang telefon bimbit pintar Samsung Galaxy S2, trofi, tiket wayang dan hamper sumbangan Maxis.

Lebih manis lagi, apabila kemenangannya itu telah dikongsikan bersama teman karibnya Mohd Shafie Ali, 29 yang telah memenangi tempat ketiga pertandingan yang diadakan sempena kemunculan filem terbaru terbitan Astro Shaw Sdn Bhd bertajuk Hoore! Hoore!

Bercakap kepada portal murai.com.my selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan berkenaan, Mohd Shafiq berkata dia sendiri tidak menjangka untuk memenangi pertandingan berkenaan apatah lagi kebanyakan peserta ternyata hebat-hebat belaka.

Malah dia cukup terharu dengan kejayaan itu yang akan dikongsi bersama ibu tersayang sempena meraikan sambutan Hari Ibu, semalam.

"Memang di luar jangkaan saya, apatah lagi pemilihan lagu Salam Terakhir dibuat pada saat terakhir kerana asalnya saya ingin menyanyikan lagu Terasing. Tapi tak sangka pula pemilihan lagu ini telah membawa tuah kepada saya.

"Apa yang boleh saya katakan, pertandingan ini sangat mencabar, apatah lagi lagu-lagu dendangan Sudirman sememangnya sukar untuk dinyanyikan," katanya yang berazam untuk bergelar penyanyi suati hari nanti.

Selain Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore!, Mohd Shafiq telah beberapa kali memenangi beberapa pertandingan nyanyian dan bercadang untuk terjun secara serius dalam bidang nyanyian suatu hari nanti.

Tempat kedua Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore! telah dimenangi peserta dari Rembau, Negeri Sembilan, Mohd Norsyahrizan Salim, 32 (Syahrizan Salim) yang membawa pulang telefon bimbit HTC Explorer bersama trofi, hamper dan juga sepasang tiket wayang.

Manakala Mohd Shafie Ali yang merangkul tempat ketiga telah membawa pulang telefon bimbit Samsung Galaxy Y, trofi, hamper dan sepasang tiket wayang.

Pertandingan akan diteruskan di dua lagi lokasi iaitu di Green Box, Bukit Tinggi, Klang pada 20 Mei ini, diikuti RedBox Sogo pada 27 Mei ini dan penyertaan masih terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Sumber berita dari: http://celapakit.net/showthread.php?tid=111130

http://www.redbox.com.my/redbox/eng/promo.asp?pic=red+box+form.jpg

No comments:

Post a Comment