Wednesday, June 20, 2012

MARAH

Marah adalah satu perasaan yang ada pada setiap diri manusia. Marah akan wujud dimana kita mengalami suatu situasi yang melibatkan perasaan, hati, maruah dan keperibadian dicabar atau di hina. Namun ianya juga lahir dalam pelbagai masalah yang dihadapi oleh seseorang itu.

Disini CU ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan tentang "Marah".

Marah yang keterlaluan dilarang dalam Islam kerana ianya boleh mendatangkan kesan dan implikasi yang tidak baik kepada orang yang marah dan dimarahi.
Marah pertengahan adalah marah yang terpuji iaitu marah bertempat, sebagai contoh seorang bapa memarahi anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat.

Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata "Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah." Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali. Hadis Diriwayatkan daripada Abu Hurairah.

Sepuluh punca menyebab sifat marah (menurut Imam Al-Ghazali):

1. Rasa bangga diri (sombong/angkuh),
2. Takjub kepada diri sendiri,
3. Suka bergurau senda yang berlebihan dan melampaui batas,
4. Suka bercakap perkara yang sia-sia,
5. Suka membuat fitnah,
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara,
7. Khianat,
8. Tamak kepada harta dan pangkat,
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi,
10. Dengki dan iri hati.

Apabila anda marah:

- Percakapan menjadi kuat,
- Kata-kata tidak teratur,
- Bahasanya kasar, lucah dan bersifat menghina,
- Merendah-rendahkan orang lain,
- Muka dan mata menjadi merah,
- Badannya terketar-ketar,
- Tangan dan kaki menjadi ringan untuk memukul,
- Tidak menggunakan akal dengan waras.

Marah boleh mendatangkan kesan yang tidak baik seperti:

- Keruntuhan rumahtangga,
- Penderaan kanak-kanak,
- Berlaku pembunuhan,
- Saman menyaman,
- Peperangan,
- Tindakan sabotaj,
- Menculik dan peras ugut,
- Pelbagai tindakan jenayah.

Tiga kategori marah:

1. Marah keterlaluan (marah tidak bertempat) - Dilarang,
2. Marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) - Terpuji,
3. Tidak tahu marah - Terkeji.


Sumber: Buletin PBPPP.DS (Bil.8/mei2012)

Monday, May 14, 2012

Tuah Salam Terakhir


Mohd Shafiq Ikhwan (tengah), Mohd Shafie Ali (dua dari kiri), dan Syahrizan Salim (dua dari kanan)


        Seorang jurutera, Mohd Shafiq Ikhwan, 24 dari Shah Alam telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore! Pusingan pertama yang telah diadakan di pusat karaoke Green Box, Seremban 2, petang semalam.

Dengan membawakan lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad bertajuk Salam Terakhir, Mohd Shafiq telah membawa pulang telefon bimbit pintar Samsung Galaxy S2, trofi, tiket wayang dan hamper sumbangan Maxis.

Lebih manis lagi, apabila kemenangannya itu telah dikongsikan bersama teman karibnya Mohd Shafie Ali, 29 yang telah memenangi tempat ketiga pertandingan yang diadakan sempena kemunculan filem terbaru terbitan Astro Shaw Sdn Bhd bertajuk Hoore! Hoore!

Bercakap kepada portal murai.com.my selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan berkenaan, Mohd Shafiq berkata dia sendiri tidak menjangka untuk memenangi pertandingan berkenaan apatah lagi kebanyakan peserta ternyata hebat-hebat belaka.

Malah dia cukup terharu dengan kejayaan itu yang akan dikongsi bersama ibu tersayang sempena meraikan sambutan Hari Ibu, semalam.

"Memang di luar jangkaan saya, apatah lagi pemilihan lagu Salam Terakhir dibuat pada saat terakhir kerana asalnya saya ingin menyanyikan lagu Terasing. Tapi tak sangka pula pemilihan lagu ini telah membawa tuah kepada saya.

"Apa yang boleh saya katakan, pertandingan ini sangat mencabar, apatah lagi lagu-lagu dendangan Sudirman sememangnya sukar untuk dinyanyikan," katanya yang berazam untuk bergelar penyanyi suati hari nanti.

Selain Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore!, Mohd Shafiq telah beberapa kali memenangi beberapa pertandingan nyanyian dan bercadang untuk terjun secara serius dalam bidang nyanyian suatu hari nanti.

Tempat kedua Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore! telah dimenangi peserta dari Rembau, Negeri Sembilan, Mohd Norsyahrizan Salim, 32 (Syahrizan Salim) yang membawa pulang telefon bimbit HTC Explorer bersama trofi, hamper dan juga sepasang tiket wayang.

Manakala Mohd Shafie Ali yang merangkul tempat ketiga telah membawa pulang telefon bimbit Samsung Galaxy Y, trofi, hamper dan sepasang tiket wayang.

Pertandingan akan diteruskan di dua lagi lokasi iaitu di Green Box, Bukit Tinggi, Klang pada 20 Mei ini, diikuti RedBox Sogo pada 27 Mei ini dan penyertaan masih terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Sumber berita dari: http://celapakit.net/showthread.php?tid=111130

http://www.redbox.com.my/redbox/eng/promo.asp?pic=red+box+form.jpg

Friday, March 23, 2012

Majlis Perkahwinan Raja Sehari Ida & Izzat

Kota - Majlis Perkahwinan serta persandingan raja sehari Sa'ida Munira Binti Hj. Johari dengan pasangannya Muhammad Izzat Bin Hj. Hishamuddin telah dilangsungkan pada hari ahad 18 Mac 2012 bersamaan 25 Rabiulakhir 1433H. Majlis yang gilang-gemilang tersebut telah dilangsungkan di Kampung Baru Semerbok. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Bagi pihak CU mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ida dan Izzat semoga bahagia hingga keakhir hayat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Persandingan Ida dan Izzat